Yeay...dah abih dah kelas 3rd seminar.....
Makanya...bermula lah persiapan raya secara bersuka ria...hehe. Bukan apa..sebelum nie otak serabut fikir itu nak kene buat, ini nak kene buat...So dengan berakhirnya kelas semalam, settle one things. Assignment dah anta. cuma tinggal exercise ECO je...oleh kerana saya dalam mood nak raya, nanti la ye en ECO...nanti la ek saya bukak. Semalam dengan jayanya juga PIC menjaga dua budak tecit ti di rumah. Heheh..
Raya tahun nie, keluarga kami dah ada Little Miss Munchkin. Tahun lepas dia ada jugak, tapi dalam peyut la. Ini juga bermaksud, dia dah nak setahun. Cepatnya la membesar.
Buat masa nie, saya nak sudahkan kerja-kerja menjahit. Target siapkan by this week. yeesszaaa...selamat menjahit kepada diri sendiri...OH Little Miss Munchkin, please have a good nite sleep ye.. Ibu bz nak menjahit baju OK!..
Lepas habis jahit baju...Erms.. kuih raya time. tatau lagi nak buat kuih ape. Ye saya suka buat kuih sendiri. Tak suka beli sebenarnya. Ada lah 2-3 jenis yg dok bergendang-gendang dalam kepala nie. Perlaksanaannya..Kita tunggu OK. Cuma masa je la sempat ke tak. Tu next week punye planning. Then dah raya...lalalal.....Speaking of that, duit raya tak tukar lagi nie...isk..kang bank tade duit tuka plak. Damn. Kasi voucher je la dulu boleh?..
Namun, dalam kemeriahan, ada jugak kesedihan. Tahun pertama PIC merayakan raya sebagai anak yatim piatu. Saya yg sedih lebih-lebih plak. nak buat mcm mana. Tak dapat nak bayangkan suasana raya tanpa arwah. Selalunya, beliaulah yg sibuk sediakan juadah untuk dirumah. Rindunya dengan masakan-masakan wajib arwah. Saya dan PIC sedang merancang untuk menyediakan juadah yg selalunye arwah yg buat. Tgk la jadi ke idak ye. Saya tahu rasanya takkan sama. Tapi saya akan cuba. Nie la yang sempat saya belajar dari arwah.
kenangan raya bersama arwah. AL-Fatihah.
Teruk betulkan, mcm bebudak. Puasa tak habih lagi, sibuk pasal raya. Biarlah ape korang nak cakap pun..heheh<--Gelak dengan evilnya!

No comments:
Post a Comment