Wednesday, May 8, 2013

I LOVE MALAYSIA!!

Salamsss... Malaysia..

Hari nie tergerak hati nak tulis pasal PRU13. Taknak tulis kat FB sebab nanti masalah lain. Saya sebagai rakyat Malaysia ni, so sick dengan gelombang PRU kali nie sebabnya banyak sgt post yang bukan-bukan semak kat FB...rasanya banyak sangat fitnah yang bertabaran kat FB tu. Tak kisah la korang sokong yang mana, yang tak sukanya, korang nie suka sangat post mende yang korang nie tatau hujung pangkal. Isu blackout la...itu la..ini la. I LOVE MY COUNTRY.... there for.. saya  tak suka tengok bila kita nie jadi hamba FB macamlah FB tu boleh percaya 100%. Undi saya rahsia. Ada perjuangan di sebelah kanan yang saya suka, dan ada perjuangan di sebelah kiri yang saya suka. 50-50 ok. Dengan apa yang jadi masa PRU hari tu, banyak sangat assumtion yang korang nie sebarkan... konon-konon orang bandar yang so called illeterate dengan mass media, urban area tak sampai maklumat la..bla...blaa...bla.... 

Korang ada terfikir tak bahawa...in some area, why they choose those candidate because these are the people that close to their heart.. habis kalo dah letak calon yang orang kampung tak kenal..ada ke derang nak pilih... cuba tengok kelantan sendiri...mereka pilih calon yang close to them... sama juga dengan apa yang terjadi di kampung saya sendiri.

Sepanjang tempoh berkempen, Barisan Alternatif telah menggunakan pendekatan baru cara berkempen. Menarik pendekatan yang anda gunakan tu. Cuma yang tak menarik dipandangan mata saya nie.... bila korang approach orang kat tepi jalan raya, sangat la merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.... It cost massive jammed in certain area. Pastu belum lagi akak-akak yang terjerit-jerit kat tepi jalan...Wahai akak-akak...kot ye pun nak berkempen, tak perlu kot sampai mcm tu... Kan ada pendekatan yang lebih sopan. Biar je la abang-abang tu je yang berkempen tepi jalan... tak perlu la heret anak bagai ye...bahaya kalau terjadi apa-apa. tu belum lagi penyokong semua parti yang dok husung bendera dan orang kat belakang kenderaan... isk..isk..isk... dibuatnya tergolek dok...anda takde protection langsung tau. sesia je korang berdiri kat belakang tu. Pahtu membazir dok gantung bendera sana sini.. Tak boleh ek kalau kempen tak pasang bendera?. Membazir duit jek. Kan lebih baik, duit tu nanti guna untuk bangunkan prasarana kat tempat anda bertanding. dengan sampah sarap merata alam lagi. haishh.

Dah la macam tu...bila hari nie encik Google letak heading in conjunction of Saul Bass pun korang nak relate dengan blackout.. semua benda la korang nak relate...udah-udah la tu. Mengubah masa depan tu tak bermakna kene bergantung harap pada pemimpin yang kat atas tu. Percayalah segala apa yang korang dapat tu atas perancangan yang ALLAH swt dah tentukan. Kita nie bela nasib sendiri kan lebih baik dari bergantung harap pada orang lain. Banyak sangat contoh kat sini sampai tak tau mana satu nak letak. Bukan semua orang boleh dibeli dengan duit ok!!.... Bantuan BR1M pun korang nak bising..... tau tak, untuk orang kampung, benda tu sangat besar?. Korang yang dah gaji beriban-riban tu, ndak jugak ke RM500 tu?. Salah diri sendiri ok kalau kerak korang besar dari periuk nasi korang sendiri. Kepada yang menerima tu pulak, jgn lah bergantung harap dengan bantuan tu sangat sampaikan ia dapat membeli kenegaraan anda.

Pada saya.... bilangan mereka yang berada diatas, yang sememangnya bekerja untuk rakyat sangatlah sedikit. Ada diantara mereka, their special interest is economy...some of them, I would call a revenge, and some of them, because of racist...bla..bla...bla... 

what ever you think.. please la...control your self from anger. Tak kira siapa pun yang memerintah, sekurang-kurangnya kepada yang telah terpilih tu, daripada buang masa dok kecoh sana-kecoh sini, anda patut rasa seronok, dan bersemangat untuk membantu rakyat di kawasan anda. Kepada yang dok kembang kuncup idung sebab dapat memerintah tu, anda patut sedar dan buat sesuatu... kerana rakyat semakin bijak memilih....

Tak kiralah Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban...... Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat...kita 1 Malaysia....

p/s : This doesn't mean anything...just the lyrics for me is good to unite us together...