Friday, December 9, 2011

Pengakhiran seorang suami!

This entry was dedicated to a friends of our family, whenever you are!.....

Tempat seorang isteri di sisi suami..... this lately aku sering di perlihatkan dengan kecurangan seorang isteri. Adakalanya membuat aku terfikir, apa agaknya yang mereka ini cari. Suami yang handsome kah?...apa kah?...namun yang paling menarik hati ini, adalah berkenaan kisah yang terjadi di depan mata aku sendiri. Sedih apabila mengenangkan AGAMA menjadi taruhan! 

Dalam kes ni, isteri yang umpama habis madu sepah dibuang. Sang suami yang penyayang terpinggir tanpa bicara. Yang sedihnya, suami seorang mualaf yang sepatutnya mendapat bimbingan agama dari mereka yang terdekat telah terabai tanpa ramai menyedari. Akhirnya apabila sang suami semakin jauh, lalu dibawa diri bersama hati yang luka dan tercalar. Mendambakan pertolongan dari mereka yang bisa membantu. Mujur seorang hamba Allah ini masih diberikan kemampuan untuk membantu menguruskan urusan sang suami untuk pulang kenegara asal.

Secara peribadi, aku sokong tindakan kamu meniggalkan isteri kamu! kerana dia telah buat kamu begitu! Kasihan kepada si anak yang terpaksa berpisah dengan daddy yang entah bila akan datang kembali. Cuma yang mengundang sedih dihati, Apa akan jadi kepada agama kamu nanti! Ya Allah, kau tetapkanlah hati dia bersama Islam. Semoga kamu dipertemukan dengan orang yang dapat membawa kamu kepada ISlam dengan lebih baik.

Terkenang aku akan janji sang suami kepada PIC:
"one fine day, I will be coming back to bring my daughter with me! "
dan saya harap; that one fine day, you still a muslim and may you be a better one.
With Allah willing, I hope I will have a chance to meet you again in the future, If I have a chance, I may pay a visit to you home country one day. And may that one fine day, you will be a better muslims.

psssttt...PIC jom melancong ke UK!!

Friday, December 2, 2011

JUMAAT!!....Hari uji kesabaran

Hari nie hari Jumaat..hari yang menguji kesabaran...haishh...
pepegi lagi dah kasi orang hangin......alkisah disatu pagi nan hening.....kami anak beranak pegi la ke klinik membawa si Munchkin yang tangannye kene Impetigo. Sesudah subuh kami dah sampai. Masa tu ada la 3 orang yg tgh menunggu pintu bukak. Meaning kami orang yang ke empat. Tetiba ada lah seorang MELAUN  nie, dengan selamba nye datang n nak potong Q. Bila klinik bukak pintu je, dia dgn selamba nye gi beratur untuk kedepan dengan tak malunya. Hello! orang lain dah sampai dulu la..tak reti-reti ke nak hormati orang lain. Siap potong Q orang yang depan sekali. Padahal sesama bangsa tuh. Isk tak reti beradap betul. My PIC dah bengang dah....K la... cakap ngan PIC sabar je la..maybe ada hikmahnya. Couple yang paling depan tu pun dah geleng-geleng kepala tengok gelagat Minah Gonjeng nie.
Pehtu masa tunggu nak jumpa doc, ada lagi pompuan nie. Die dengan selambanya, MELUDAH KE LANTAI! that was so unacceptable OK!. Ni kan klinik. Tolong la jaga kebersihan sikit. Pehtu perasan plak orang dok tengok-tengok dia. Then masa tunggu nak amik ubat, she do the same thing again. Tunggu la giliran ikut no yg diberi. Ni sesuka ati atok nenek dia gi kat kaunter minta ubat terus dengan pharmacist.. siurt jek. Ni kisah si minah gonjeng nie...
Then masa nak beli makanan untuk Miss Munchkin, ada plak si mamat gonjeng nie, do the same things. Orang lain beratur, dia ngan selamba potong Q. Huh, tade maap la, memang sesia kene sound!Mana la pegi peradapan mereka ini.

Hari nie, saya tak suka dengan:
Attitude orang yang tak hormati orang lain. Hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja.