Friday, December 9, 2011

Pengakhiran seorang suami!

This entry was dedicated to a friends of our family, whenever you are!.....

Tempat seorang isteri di sisi suami..... this lately aku sering di perlihatkan dengan kecurangan seorang isteri. Adakalanya membuat aku terfikir, apa agaknya yang mereka ini cari. Suami yang handsome kah?...apa kah?...namun yang paling menarik hati ini, adalah berkenaan kisah yang terjadi di depan mata aku sendiri. Sedih apabila mengenangkan AGAMA menjadi taruhan! 

Dalam kes ni, isteri yang umpama habis madu sepah dibuang. Sang suami yang penyayang terpinggir tanpa bicara. Yang sedihnya, suami seorang mualaf yang sepatutnya mendapat bimbingan agama dari mereka yang terdekat telah terabai tanpa ramai menyedari. Akhirnya apabila sang suami semakin jauh, lalu dibawa diri bersama hati yang luka dan tercalar. Mendambakan pertolongan dari mereka yang bisa membantu. Mujur seorang hamba Allah ini masih diberikan kemampuan untuk membantu menguruskan urusan sang suami untuk pulang kenegara asal.

Secara peribadi, aku sokong tindakan kamu meniggalkan isteri kamu! kerana dia telah buat kamu begitu! Kasihan kepada si anak yang terpaksa berpisah dengan daddy yang entah bila akan datang kembali. Cuma yang mengundang sedih dihati, Apa akan jadi kepada agama kamu nanti! Ya Allah, kau tetapkanlah hati dia bersama Islam. Semoga kamu dipertemukan dengan orang yang dapat membawa kamu kepada ISlam dengan lebih baik.

Terkenang aku akan janji sang suami kepada PIC:
"one fine day, I will be coming back to bring my daughter with me! "
dan saya harap; that one fine day, you still a muslim and may you be a better one.
With Allah willing, I hope I will have a chance to meet you again in the future, If I have a chance, I may pay a visit to you home country one day. And may that one fine day, you will be a better muslims.

psssttt...PIC jom melancong ke UK!!

Friday, December 2, 2011

JUMAAT!!....Hari uji kesabaran

Hari nie hari Jumaat..hari yang menguji kesabaran...haishh...
pepegi lagi dah kasi orang hangin......alkisah disatu pagi nan hening.....kami anak beranak pegi la ke klinik membawa si Munchkin yang tangannye kene Impetigo. Sesudah subuh kami dah sampai. Masa tu ada la 3 orang yg tgh menunggu pintu bukak. Meaning kami orang yang ke empat. Tetiba ada lah seorang MELAUN  nie, dengan selamba nye datang n nak potong Q. Bila klinik bukak pintu je, dia dgn selamba nye gi beratur untuk kedepan dengan tak malunya. Hello! orang lain dah sampai dulu la..tak reti-reti ke nak hormati orang lain. Siap potong Q orang yang depan sekali. Padahal sesama bangsa tuh. Isk tak reti beradap betul. My PIC dah bengang dah....K la... cakap ngan PIC sabar je la..maybe ada hikmahnya. Couple yang paling depan tu pun dah geleng-geleng kepala tengok gelagat Minah Gonjeng nie.
Pehtu masa tunggu nak jumpa doc, ada lagi pompuan nie. Die dengan selambanya, MELUDAH KE LANTAI! that was so unacceptable OK!. Ni kan klinik. Tolong la jaga kebersihan sikit. Pehtu perasan plak orang dok tengok-tengok dia. Then masa tunggu nak amik ubat, she do the same thing again. Tunggu la giliran ikut no yg diberi. Ni sesuka ati atok nenek dia gi kat kaunter minta ubat terus dengan pharmacist.. siurt jek. Ni kisah si minah gonjeng nie...
Then masa nak beli makanan untuk Miss Munchkin, ada plak si mamat gonjeng nie, do the same things. Orang lain beratur, dia ngan selamba potong Q. Huh, tade maap la, memang sesia kene sound!Mana la pegi peradapan mereka ini.

Hari nie, saya tak suka dengan:
Attitude orang yang tak hormati orang lain. Hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja.

Wednesday, November 23, 2011

Insan dan Amalan by FIRDAUS

Agung
Di dunia
Memang harta
Jadi sandaran
Keagungan
Di akhirat
Amal jua lah yang menentukan

Walau setinggi mana dudukmu
Amal jangan dilalaikan
Walau serendah mana letakmu
Amal tidak disampingkan
Tinggi atau rendah
Amalanmu tetap dihitungkan

Kehidupan yang sementara ini
Penuhilah dengan amalan murni
Semoga hidup direstu Ilahi
Biarlah pulang bagaikan di nanti
Terhimpundiri di dalam pilihan
Orang Soleh disisi tuhan

Amalan baik dan buruk
Penentu aras letakmu
Bagaikan hisup dan mati
Insan dan amalannya sebati
Itu lumrahnya
Ketentuan hidup seorang insan

Hidup di dunia sementara
Pulang nanti amalan yang dibawa
Baik buruknya
Semua dihitung tuhan yang Esa

Friday, November 11, 2011

Discriminasi Gender

Salamz...

Haish..dalam zaman sekarang nie pun masih banyak lagi terjadi kess-kes gini. Diskriminasi gender... Apa pompuan tak leh buat keje ke?? asal operasi je...mesti keutamaan pada lelaki..haish...in certain keadaan actually pompuan can do better la.....tak suka nye......n so unfair tau...!!

Thursday, October 13, 2011

3 budak KECIK!!


3 budak ini....
Bisa buat hati saya gembira...

3 budak ini...
rasa mcm nak geget-geget jek 

3 budak ini...
pengubat hati pengarang jantung saya

3 budak ini...
bisa buat atok ngan nenek datang beratus km jauhnya

3 budak ini...
senyumannya boleh buat aku happy sepanjang hari....

3 budak ini...
rasa mcm nak makan-makan je...gerammm

dan sebab itulah,
3 budak ini telah menjadi,
 MUNCHKIN, MUFFIN & DAUGHNUT

Tuesday, September 27, 2011

PITY U!!

Hmm..Syawal dah sampai ke penghujungnya...Kejap je dah habis..Masihkah kita ada di Syawal akan datang?...Insyaallah....Ok..takde cerita syawal lagi buat masa nie ye walaupun dah nak masuk bulan lain dah...

Apa yang menjadi perhatian dalam kepala otak skang nie...ekoran tersebarnya video terlampau seorang pegawai kerajaan dengan sgt berleluasa sekali diinternet sekarang nie....actually kalau nak diikutkan banyak lagi video-video yang tidak sepatutnya ada kat luar tu, which is melibatkan sejuta macam orang...cuma nasib mamat nie tak berapa baik. 

Wahai orang diluar sana...walau siapa pun yang terlibat didalam video tersebut, hentikan lah siaran anda...sesungguhnya ia membuka aib orang lain. Bayangkan lah perasaan ibu dia, isteri dan anak-anak beliau.... Tekanan yang bakal beliau terima...dari rakan sekerja lagi....YE..ramai yang kata padan ngan muka mamat tu, tapi siapalah kita untuk menghukum mereka..Diri sendiri belum tentu berjalan lurus....biarkan lah dia. Kita tak berhak menghukum...Yang lain...jgn pula dok pi tempek kat tempat lain dan sebarkan pada orang lain ye....kalau kita tutup aib orang lain, Insyaallah, satu hari nanti Allah akan tutup aib kita...

Kepada tuan punya badan..... Berubahlah sebelum terlambat....kasihani mereka yang sayang pada anda...Saya tidak menyokong perbuatan anda..tapi saya kasihan kerana anda tersilap langkah dan akhirnya menjerat diri sendiri. for what ever reason you are doing this, PITY U!!....who ever pay for you to have those...PITY U!!, for what ever reason.....PITY U!!

Yang pastinya..if this case getting worse, you will have your 'pay check'!!

Thursday, August 18, 2011

18 RAMADHAN

Uish..dah 18 hari kita puasa!..So ape yg best nye puasa tahun nie so far??...

Pertama sekali....sebagi seorang ibu, saya bangga dengan kegigihan Little Miss daughnut kerana setakat ini, beliau berjaya puasa 17 hari.....Alhamdulillah...tidak memaksa, tapi mengyokokng beliau untuk puasa lagi. Walau pun adakalanya liat nak bangun sahur...tapi ok la...Kagum dengan kesungguhan dia untuk puasa, bangun walau pun mengantuk, makan walau pun dipaksa dan dah kene marah suruh habiskan makanan..heheh... So..apa ye nak bagi reward kat die?

Secondly....Baju raya satu family....hmmm..tinggal nak habiskan jahit baju raya jek....Akan cuba untuk siapkan dalam 3-4 hari ni..hopefully saya punya kekuatan yang cukup untuk siapkan semua baju raya kami yek..Caiyok.!! Caiyok!!....
Thirdly..... My PIC so far agree untuk balik raya kampung I. So Rompin..here we come....Insyaallah jadi la hendaknya...melainkan berlakunya perkara-perkara yang tak senonoh oleh orang tak bertanggungjawap dan tak bertimbang rasa....

Forthly, Waktu-waktu berbuka saya tahun nie agak meriah dengan majlis-majlis berbuka puasa bersama kenkawan lama dna baru.....Pengalaman baru buat kami untuk menggeledah seluruh alam..heheh..

Tapi dalam banyak-banyak tu..apa yang penting ialah...pengisian Ramadhan itu sendiri...masih banyak runag kosong yang perlu di isi. Namun saya tidak pernah berputus asa dalam memperbaiki pengisian Ramadhan saya. Pertingkatkan Ilmu dalam diri sendiri, agar menjadi umat Islam yang bukan hanya sekadar di IC....

Salam Ramadhan buat semua....Semoga beroleh keberkatan di bulan Mulia ini.......

Monday, August 1, 2011

DEBIT & KREDIT

Hanya kerana nak beli diapers si Munchkin, aku melenting kat cashier tu semalam..heheh...Ye la...mau tak hangin.. Dah la orang punye ramai, counter satu untuk cash only. Counter second tutup pulak...so gagah la pegi counter yg ketiga nie...aku yg mmg tade cash nie, berniat nak pakai je la DEBIT card tu..sama je kan kalau withdrawal money. So untuk keselamatan, tanya la dulu kat cashier nie..
Dengan penuh kesopanan dan keseriusannye..."Dik, boleh pakai Debit card tak?"
Adik cashier tu dengan penuh konfiden nye jawap, "Boleh Kak"..

Dengan mengusung diapers 2 pek besar nie, dengan penuh kesabarannya, beratur la kat line yg panjang dan lama nie...sekali bila turn aku, hulurla DEBIT card...sekali dia boleh jawap, "Tak boleh la kak, Ada kad lain tak?"....
hargghhhh..hangin nya......tu la sebab org tanya dulu...boleh guna debit ke tak..kalo idak..tade la beratur panjang-panjang nie....budak cashier nie kompius agaknya KREDIT ngan DEBIT card....alasan dia ada security kod..."sebab VISA kot" dengan selamba nya dia jawap. hadoi la.........kalo VISA sekali pun..mestilah boleh guna....isk..isk...kepada Store Manager pasaraya tersebut..kindly knowledge ur staff pasal kad-kad nie..jgn nanti menyusahkan customer nie!!.......

p/s: Pengajaran untuk diri sendiri, lain kali habiskanlah cash anda lagi ye!..bio jadi kes cenggini lagi...PADAN MUKA!!

Wednesday, July 20, 2011

Pemergian yang Kekal!!

Sesuatu itu akan menjadi lebih berharga apabila kita telah kehilangannya!!...

Adakalanya kita tidak pernah tahu nilai sebuah kasih sayang. Sehingga satu hari, kita dah tak berpeluang lagi untuk menghargainya. By that time, penyesalan tiada guna. Kita hanya mampu menyesal, tetapi sejauh mana sesalan itu, mungkin hanya sekadar mainan di bibir, atau pun mungkin juga terkesan dihati untuk memperbaiki kekurangan diri pada masa akan datang. Sejauh mana kita akan ingat, dan terkesan dgn situasi itu....bergantung. Sesalan yang tiada guna.... dan tiada penghujung.......

Oleh itu......

Sayangilah mereka-mereka disisi kita, sementara kita masih berpeluang!!...LUV U ALL...

Monday, July 18, 2011

Counting! counting!

Yeehaaa!!...lagi beberapa hari nak balik....yeayyy...tak sabar nya...nak jumpa munchkin n daughnut!!...Ibu dah rindu sangat dah ngan budok 2 orang nie....rindunya...nak peluk cium bebudak 2 orang nie....sure dah booollaatt setelah tinggal almost 2 minggu dengan nenek....sabar ye munchkin n daughnut, ibu is coming home soon..I'm counting the days!!!


Dua budak comel, jadi budak baik,
Jangan nakal-nakal, dengar cakap nenek.......

Saturday, June 25, 2011

Kasih ibu membawa ke Syurga!

To my mate,

Hari ini......
Saat hati seorang ibu terduga
hanya air mata yang mampu mengalir...

Semoga anda tabah. Sesungguhnya kamu kuat! kamu tabah!....
Kehilangan sebelum sempat kamu nikmati keindahannya.
walau pun sedetik cuma
nyata kamu seorang IBU
Redhalah wahai sahabat,
Agar dia menanti mu di pintu syurga,
.....

Saturday, June 18, 2011

Theraphy!!!!

simply love this....

and this.....


and maybe this also.....


MenciK!!

Hari nie saya mencik!!...sebab emosi sgt tak stabil..not because of the monthly rotation OK!...Saya tak suka orang yang suka treat orang lain macam sampah... Just because u r rich, doesn't mean you got the ticket to treat people like that. Dengan kerja sekarang, adakalanya kena jumpa all this so call the Dato' and the heiress and so on. Some are nice, some are so and so. Adakalanya terasa sgt, bila mereka perlukan kita, senyuman manis sampai ke telinga. Tapi ada masanya....muka cam burung belatuk tak cukup makan. I deserve a RESPECT ok!. If you don't respect people, please don't aspect others to respect you! Today u layan orang macam bullshit, esok lusa, u might be treated by others like hanjing!!....
Well, mungkin that is how the world goes by...kene belajar kawal emosi..dan kene belajar untuk mengawal orang yg dibawah seliaan kita....nie la dugaan di tempat baru...


Friday, May 6, 2011

Hati ini tersentak!!

Pagi ini saya tersentak dengan soalan dari Little Miss Daughnut pada abah nye...
"Abah, abah nangis tak kalau Ya meninggal?"
uwwaaaaa...My heart was crying after hear this!!

Sebagai seorang ibu, hati saya tersentak. Hanya tuhan saja yang tahu hati saya ketika itu. Macam-macam saya fikir. Tak sanggup nak rasakan kehilangannya. Mcm manalah anak saya boleh terfikir nak tanya soalan mcm tu. Mungkin ini satu peringatan kepada saya, untuk terus menyayangi kedua anak saya. Yang diamanahkan kepada saya untuk dipelihara dan dididik. Ye..saya ibu yang garang. Saya jarang pukul bebudak 2 orang nie. Tapi kene marah tu memang selalu. Owh..saya yang gagal dalam mengawal kemarahan saya.

Saya harap tak ada perkara yang tidak diingini terjadi. Both of you...Ibu always love you! You Always be My Heart and Soul!...

Monday, April 25, 2011

Anak-anak

Wahh....lamanya tak story mory pasal anak-anak...
hmm...hari nie kita cite pasal style munchkin n daughnut titun..hehehe..tergolek sana..tergolek sini....macam-macam ada....

mereka semua kesayangan saya....shhhhhuuuhhhhhh...jangan kacau anak saya titun ye...Ahakz

Monday, April 11, 2011

24 hours...

What did I do in 24 hours?....my hours if fully utilise....penuh..tade ruang..atpi dok fikir..apelah yang aku buat sampai masa sentiasa tak cukup...sentiasa bermalasan mungkin....kalau macam nie, bagi 30 jam sehari pun belum tentu cukup lg. 
My day akan sgt sibuk. Terutamanya this week. esok ngan lusa xm.....owh..tagging..tangging..tangging...
Khamis...kene gi Putrajaya. Nervous plak nak kene interview..isk...padehal. tade pepe pun. lepas tu boleh concentrate study for my degree yg tak habis-habis tu.. Semoga dipermudahkan dan dibukakan jalan agar aku dapat menyudahkan semuanya secepat mungkin. I want my pleasure time back. I want to do what i live the most...


Wednesday, April 6, 2011

Akhirnya

Hujan yang turun bagaikan mutiara.....bait-bait lagu Sudirman...terngiang ditelinga saat menikmati hujan petang...

Akhirnya hujan itu turun juga membasahi bumi yang sedang kontang. Setelah beberapa hari cuaca panas, akhirnya semalam hujan turun. Hari ini ia turun lagi...Demi membasahi tanah yang sedang garing kepanasan dengan isu-isu yang hangat membakar...Semoga rahmatNya terus membasahi ruang pijakan diri ini....Amin...Alhamdulillah....



Monday, April 4, 2011

Who are they trying to Fool?

Semalam, dapat paper test untuk salah satu subjek wajib universiti. Hmm....sgt la rendah. Maaf ustaz, saya memang tak baca buku pun. Saya tahu silap saya. Somehow, saya faham pandangan ustaz tu. tapi......Tak pe..sekurang-kurangnye saya tahu saya jujur dalam buat test tu. Not like others. MAJORITY student kat dalam tu. TIRU buku ok. Come on la.... tak faham diorang nie. Bukannya budak kecik yang baru nak masuk sekolah. Dah besar panjang dah. Tapi perangai cam budak kecik. Subjek uni plak tu. Isk sedey....At the end of the day...derang dapat markah nun menjulang punye tinggi. Tak pe la...sabar ye hati...Sekurang-kurangnya....kita tak menipu dalam buat test tu.

Sunday, March 20, 2011

Hate for being to busy

Uwaa....sian blog nie jadi anak tiri dah sekarang. Tak punya banyak masa untuk update. Kat opis, no privacy. Beside, tak sempat pun nak update. Banyak keje nak kene settle. Borang pun banyak nak kene sign. Ditambah pulak dengan lantikan sbg jawatankuasa itu dan ini. haish. Takut sebenarnya pasal mende nie. Takut tak dapat beri komitment yang baik. dan bahayanya bila orang kenal kita for something.
Still bergelumang dengan xm. Pagi nanti ada test. Nie asalnya nak bukak buku la kunun, nak cek notes. Tape..jap je yek. Assignment patut nya hantar hari nie, tak buat lagi. Maaf ye ustaz, saya hantar next seminar. Ada lagi satu assign sales. Pehtu nak prepare presentation plak next week. Lepas habis study for this part. JPA exam waiting. ageggegegeg....ada lagi satu buku tak beli lagi. Hujung minggu ni nak g cari kat KL.
I miss my free time. I miss my privacy in expressing my self...Tapi sekarang susah sikit. Tape...sikit je lagi...Harus berusaha keras for my target. 
Dah la sekarang sering terbuai-buai dengan perasaan sendiri yang sgt la bahaya..isk...Kene sering ingatkan diri untuk menjaga my status, my self. Jaga tingkah laku dan cuba untuk menjadi orang yang kuat dalam menghadapi kerja-kerja seharian.